Tuesday, 31 May 2016

6 Sebab Kenapa Berhijrah Ke Luar Negara Itu Baik Untuk Aku Dan Mungkin Juga Kau


Kadang-kadang, aku pun tertanya betul ke tindakan aku buat. Suami isteri berhenti kerja, dengan selamba kodok mulakan life baru di UK. Jujur, aku sebenarnya tak tahu betul ke tak.
Sampailah terjumpa dengan Isha, orang Bangladesh di Lisbon. Dia buka outlet kebab kat sana. Isha pernah datang Malaysia kerja kat ladang.
Lepas sembang, Isha cakap tidak menyesal tinggalkan Bangladesh atau Malaysia. Bukan sebab Lisbon lebih baik, tapi dia rasa ada kebaikannya. Dia start cerita pada aku. Aku dengar, angguk-angguk. Aku hadam.
Tentang kehidupan.
1. Ujian yang tak pernah dialami
Membesar kat negara sendiri kau dah belajar macam mana nak hidup kat situ. Kau dah tau selok belok, cilok mencilok, spin dan twist. Skil survival dah tinggi. Jadi dah selesa di Malaysia, kawan dah ramai, kabel kau dah power.
Tapi kat luar negara, kau akan belajar semula hidup survival. Takde tongkat, takde kabel, takde kenalan, takde orang dalam. Kau rasa helpless. Semua kena buat sendiri. Kau tidak bergantung kepada manusia untuk mengubah hidup. Ubah sendiri, usaha dan tawakal.
Yang kau ada hanya Tuhan, dan hanya Dia yang boleh menolong. Baru kau rasa penyerahan pada Tuhan dan bukan pada manusia.
2. Bukan dengar cakap orang
Kat Malaysia, kau akan terpengaruh dengan apa orang sekeliling cakap. Itu ini tak betul. Semua dah jadi macam tuan penasihat. Sampaikan kau pun dah jadi konfius mana yang betul mana yang tak. Kau cuba puaskan hati orang. Tekanan sosial sangat tinggi.

Realiti Bekerja Dengan Petronas Yang Orang Kita Sering Salah Anggap


“Kerja Petronas hidup senang,”
Ramai yang kata begitu. Aku juga pernah fikir begitu. Pernah juga mohon kerja di situ tapi kelayakan akademik tiada Hons. jadi permohonan ditolak.
Sejak dahulu bila ada kawan masuk Petronas, kami yang tak dapat ni jadi bangga. “Aku ada kawan kerja Petronaaaasss…”
Automatik bila Petronas umum bonus berbulan-bulan, setahun, kami yang kerja gomen ni terkebil-kebil aja tengok.
Nak tunggu PM umum bonus sebulan pun dah kira bertuah amatlah tu.
Belum kira lagi kawan-kawan kerja private yang tak dapat bonus, potong gaji.
Tapi selepas 10 tahun tinggalkan alam universiti, aku dah faham tentang realiti hidup.
Hidup di Petronas tidaklah semudah disangka.
Sasaran KPI yang gila (kalau kau capai stretch itu tandanya kau dewa), disiplin kerja yang ketat dan berdepan persepsi masyarakat (ada yang panggil mereka anjing kerajaan sebab Petronas penyumbang dana utama negara).
Tapi yang orang tak tahu adalah tentang kepayahan mereka. The struggle to survive.
Walaupun Petronas nampak besar di Malaysia, tapi di mata dunia, ia taklah besar mana.
Dalam temubual BFM dengan CEO PetChem pada Isnin lepas pun, Datuk Sazali Hamzah kata kekuatan PetChem adalah pada klien-klien yang kecil-kecil, yang syarikat besar-besar tak mahu.

5 Perkara Buat Aku Lihat Dunia Pekerjaan Dari Sudut Berbeza Lepas Pindah Ke Scotland


Anak aku balik dari sekolah minggu lalu dengan muka excited. Ada career fair katanya. Ramai orang datang. Doktor, engineer, saintis.
“Dah besar nak jadi apa?”
Beautician. Atau mountain rescuer. Thrilling!
Ohoi!
Meloncat aku dengar. Entah apa-apa punya kerja. Lain sangat dari mainstream. Aku tahu, sekolah di sini sangat terbuka terhadap kerjaya dan tiada double standard dalam mengadili orang. Tapi takkan lah jadi penyelamat gunung?
Anak aku cerita sungguh-sungguh dengan passion. Fuh! Aku macam tidak yakin anak aku akan jadi penyelamat gunung yang berjaya. Biar betul. Entah apa yang sekolah cucuk dalam kelas.
Pun begitu, ada benda yang terkesan yang nampak lain pada anak aku. Cara kami melihat dunia pekerjaan. Lain benar. Aku masih lagi memandang dunia pekerjaan ini seperti yang aku percaya dari dulu.

Percutian Awesome Kami Di Sebuah Pulau Yang Jarang Dikunjungi Rakyat Malaysia


Assalammualaikum,
Ramai yang watsapp dan private message pasal Rawa. Tak dan rasanya nak jawab satu persatu. Jadi saya jawab mana yang sempat ye di sini.
Kat mana Rawa Island? Mersing, Johor.
Jauh tak? Kami dari Seremban. Jadi perjalanan mengambil masa 3 jam 30 min. Exit tol Ayer Hitam dan tuju terus ke laluan Kluang-Mersing.
Berapa lama speedboat? Dari jeti Mersing ke Rawa perjalanan dalam 20-45 min bergantung keadaan laut.
Tinggal di resort mana? Buat pengetahuan, ada 2 resort sahaja di sini. Alang Rawa Resort dan Rawa Island Resort. Kami stay di Rawa Island Resort.
Berapa hari? 3 hari 2 malam sahaja.
Cuaca? Ok, suhu panas Malaysia.
Makanan? Kami ambil fullboard, so makan buffet di sediakan sepenuhnya di cafe. Makan ok sangat. Selera western sikit sebab nak sesuaikan dengan pelancong asing yang datang kebanyakkan dari luar Malaysia. Boleh dikira tangan orang tempatan. Tapi masih sedap dan puas hati.
Layanan? First class. Staff sangat membantu dan ramah.
Aktiviti? Macam-macam boleh buat di resort je. Yang syok nya snorkeling la sampai puas depan bilik je. Coral sangat cantik dan ikan-ikan memang banyak dan kuat makan. Huhuhu. Boleh juga diving, kayak, baki ikan makan, tiwal sailboat, paddleboat dan macam-macam lagi aktiviti air.
Selain aktiviti air ada juga aktiviti island walk, jungle tracking, trampoline, hill climbing dan macam-macam lagi la.

Selalunya jika pergi pulau ada island hoping, kat sini ada gak. Cuma rasanya tak perlu kot. Sebab depan bilik je terdampar pantai yang sangat cantik dan hanya perlu dive je untuk tengok coral yang memukau mata.

9 Tip ‘Hitchhiking’ Di Jepun Dan Mungkin Juga Boleh Guna Di Negara Lain

Hari ini aku akan kongsikan 9 tips hitchhiking di Jepun.
Untuk sesiapa yang ingin ke Jepun aku amat menggalakkan untuk korang hitchhike kalau nak jimat duit dari segi pengangkutan. Aku mengembara di Jepun selama 40 hari dengan bajet RM2000( aku buat volunteer projects).

Di sini aku sertakan 9 tips hitchhike di Jepun dan mungkin boleh di gunakan di mana-mana.
1. Signboard atau kotak
Nak dapat kotak free senang je korang pergi mana-mana kedai serbaneka (Lawson,FamilyMart, SevenEleven dan SunnyMart) mintak kotak dan pinjam marker pen dan gunting biasanya mereka akan bagi korang pinjam dan tolong korang.
2. Tulisan
Jepun mempunyai 3 tulisan iaitu Kanji, Katagana dan aku lupa satu lagi. Untuk nama tempat Jepun menggunakan tulisan Kanji dan aku cadangkan tulis dengan tulisan Kanji nama tempat.
Di kedai serbaneka ada wifi free. Korang boleh check kat google maps macam mana nak tulis nama tempat korang nak pergi dengan tulisan Kanji di signboard korang.
3. Senyum
Senyuman tu penting walaupun korang penat berjalan sambil tahan kenderaan, sebab Jepun ni penuh dengan adat dan budaya. Jadi korang kena senyum semasa tahan kenderaan (boleh mula berlatih senyum di tepi jalan raya kalau ada sesiapa nak hitchhiking) hahaha.

Berbaju Melayu Tetapi Tidak Bersongkok??


Kishva Ambigapathy, seorang rakyat Malaysia dengan bangganya berbaju Melayu ketika mengetuai perbarisan sempena sambutan hari lahir ke-90 tahun Queen Elizabeth II yang diadakan di Westminster Abbey, London, semalam.
Apa yang uniknya adalah, seorang jurutera yang juga pelajar jurusan Sarjana Politik Global dari Universiti Durham, London telah dipilih sebagai pembawa cokmar mengiringi Ratu England itu. Kishva Ambigapathy sememangnya tidak pernah menjangkakan beliau terpilih untuk turut terlibat dan menjadi orang paling penting dalam majlis diraja ini.

Beliau menyifatkan pemilihannya itu sebagai satu pengiktirafan kepada generasi muda.
“Saya tahu ramai mempertikaikan kenapa saya tidak bersongkok apabila berbaju Melayu. Tapi, bagi saya apa yang penting ialah membawa identiti Malaysia dalam acara yang besar sebegini.

Monday, 30 May 2016

Di Sebalik Perjuangan Bantu Anak Syria, Berputik Cinta Pemuda Melayu Dan Gadis Arab


Pada awal bulan ini, tanggal 2 Mei 2016, kami pasti anda sudah menonton video ini.

Tangisan anak Syria secara tiba-tiba ketika nyanyian penyanyi popular, Faizal Tahir memberi 1001 makna yang tidak terungkap. Detik menyentuh hati ini berlaku ketika program ‘One Moment For Them’ yang dijalankan oleh Fatiha Shuib And Friends, Malaysian Arabian Cultural Society (MACS), Teach For The Needs (TFTN) dan Tangisan Syria Di Bumi Jordan.
MACS adalah persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Jordan untuk pelarian Syria terutamanya dalam bidang pendidikan. Hasil usaha mereka, mereka berjaya menubuhkan sebuah sekolah untuk anak-anak Syria.
Di sebalik kerja keras yang terus menerus ini, tersimpan kisah cinta di antara Pengerusi MACS, iaitu Amir Rizvan, seorang pelajar perubatan, bersama-sama seorang sukarelawan berbangsa Arab. Kelembutan dan kasih sayang Sarah Al-Zoubi, seorang wanita Jordan berbangsa Arab, terhadap anak-anak Syria telah memaut hati lelaki Melayu Malaysia ini.
Tanpa segan silu, saya bertanya, bagaimana Amir boleh bertemu dengan Sarah.
Ini cerita Amir daripada penulisannya sendiri:

17 Langkah Dan Persediaan Keselamatan Sebelum Anda Keluar Mengembara


Selalu berlaku, saya berkunjung ke sesebuah tempat, tak lama selepas itu berlaku kejadian-kejadian gerun.
1999 – Beberapa hari pulang dari ziarah al-Aqsa, keluar di TV yang al-Aqsa dikepung.
2012 – Beberapa minggu selepas pulang dari Kaherah, kudeta berlaku dengan kejam. Seorang pegawai Ikhwan Muslimin di HQ Muqattam yang menyantuni kami, syahid ditembak.
2016 – Beberapa minggu selepas pulang dari Istanbul, berlaku pengeboman di jalan yang kami lalui di Taksim.
(Kalau di Jepun / Korea, pasti mereka akan gelarkan saya ‘malaikat maut’ jika baca entri ini.)
Tapi pernah juga peristiwa berlaku semasa saya berada di sana. 1990, tragedi Terowong al-Muaissim di Mina. Kami baru saja tiba di Makkah kembali, dan hanya dapat berita keesokan harinya. Dan selepas tiba di Malaysia baru tahu tragedi itu begitu menyayat hati.
Yang terbaru, terbalik. Beberapa minggu selepas kejadian penculikan dan pembunuhan rakyat Malaysia di Ho Chi Minh City (HCMC), saya pula ke sana.
(Malam hari jadi Ho Chi Minh di HCMC, sehari sebelum Wesak dan dua hari sebelum pilihan raya umum. Polis berjaga-jaga di sekitar bandar.
Malam hari jadi Ho Chi Minh di HCMC, sehari sebelum Wesak dan dua hari sebelum pilihan raya umum. Polis berjaga-jaga di sekitar bandar.)
Adakah saya tidak takut?

Minat Barangan Antik Bawa Kami Jana Pendapatan Sampingan Di England


Ini adalah kisah saya dan rakan-rakan Malaysia di sini yang menjadikan aktiviti memburu barangan antik dan vintage sebagai hobi dan punca pendapatan sampingan.
Kebanyakan rakan-rakan saya di sini sama seperti saya iaitu menjadi Mr Mama. Selain menjaga anak dan menguruskan urusan rumah tangga yang lain, saya dan rakan-rakan menjadikan masa hujung minggu untuk mencari barangan antik.
Di UK, barang antik terlalu banyak dan kedai antik sangat mudah dijumpai. Setiap hujung minggu juga terdapat ‘carboot sale‘ yang pasti terdapat penjual barangan lama. Kerap kali juga diadakan ‘antique fair‘ yang menjadi tumpuan seluruh pemburu antik di England ni.
Memang sesuatu yang menarik bila lihat bagaimana antik adalah suatu perkara yang sangat dihargai di sini. Tidak hairanlah jika di televisyen juga banyak disiarkan rancangan bagaimana mencari dan menilai barang antik.
Maka wujud ruang dan peluang buat kami untuk memburu sebanyak mungkin barangan antik England. Yang pasti ianya adalah satu pelaburan berbaloi kerana nilai pasaran barangan antik dari England adalah tinggi di Malaysia.

Bagaimana ia bermula? 




Kecuaian Ibu Budak Ini Menyebabkan ‘Harambe’ Ditembak Mati



Seekor gorilla di Cincinnati Zoo & Botanical Garden ditembak mati kerana seorang budak berusia 4 tahun jatuh ke dalam kandang gorilla itu.

Harambe, gorilla berusia 17 tahun adalah dari spesis yang terancam dan berita tentang kejadian ini mendapat perhatian yang pelbagai. “Kami terpaksa menembak mati Harambe kerana peluru pelali hanya akan membuatkan gorilla itu menjadi lebih tidak terkawal dan memburukkan lagi keadaan. Dalam kejadian seperti ini, nyawa budak itu adalah lebih penting,” kata Thane Maynard, direktor di Cincinnati Zoo.



Penduduk tempatan dan pencinta haiwan menyalahkan emak budak itu kerana cuai dan menyebabkan budak itu terjatuh ke dalam kandang Harambe.


Bagaimana Saya Buat Untung 2,000 Dalam Perjalanan Dari LRT Setiawangsa Ke KLCC?


Minggu lepas saya ada mesyuarat dengan seorang IT Consultant di KLCC dan saya buat keputusan untuk solat Jumaat di Masjid KLCC.
Masuk sahaja train di Stesen Setiawangsa, saya duduk di tengah antara 2 orang lelaki yang sedang bermain HP, dan hadapan saya pun kerusi penuh 3 orang wanita sedang bermain HP.
Saya pandang kiri dan kanan sejauh mata mampu memandang, ternyata 80% penumpang train itu sedang sibuk dengan HP masing-masing.
Ketika itu HP saya dalam beg pun vibrate banyak Whatsapp masuk. Hampir-hampir sahaja saya ingin mengambil HP saya, saya terfikir sejenak.
Saya merasakan dah terlalu banyak masa saya bersama dengan HP setiap hari, saya nak buat sesuatu yang lebih bermakna dalam jangka waktu yang saya ada sekarang ini.
Maka saya keluarkan tasbih dan mula berselawat memandangkan hari itu hari Jumaat, digalakkan perbanyakkan selawat.
Guess what?
Dalam perjalanan dari Stesen Setiawangsa ke KLCC hanya selang 5 stesen dan lebih kurang mengambil masa 20 minit atau kurang, saya mampu berselawat tidak kurang daripada 200 kali!
Andai saya buat keputusan mengeluarkan HP saya dari beg awal tadi, saya tidak akan berselawat walau 1 kali.
1 kali selawat kepada Rasulullah SAW, Allah akan berselawat kepada anda sebanyak 10 kali.
Saya “invest” 200 selawat, dan saya dapat “profit” sebanyak 2,000.

Habis macam mana saya boleh buat 2000? (Itu je yang korang nak tahu kan.)







Kemalangan Perlumbaan Formula 3 Ini Sungguh Dahsyat





Kemalangan yang melibatkan pelumba Ryan Tveter, Pedro Piquet dan Peter Li di Red Bull Ring, Austria tempoh hari memang dahsyat. Walaupun kemalangan mereka ini teruk, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Teknologi keselamatan yang semakin bagus pada kereta lumba memang membantu menyelamatkan nyawa. Walaupun kemalangan menyebabkan kereta terbang di udara, mereka semua terselamat.

Kedai Makan Ini Beri Makanan Percuma Sekiranya Pelanggan Baca 2 Juzuk Al-Quran





Menurut Ricky, kebiasaannya 2 juzuk Quran tersebut boleh dihabiskan dalam masa sekitar satu jam. Namun kebiasannya, anak-anak muda yang datang mengaji kemudiannya pasti akan membayar hidangan yang mereka makan.

Lihat Bagaimana Adegan Quicksilver Dirakam Untuk ‘X-Men: Apocalypse’



Adegan Quicksilver memang lain dari yang lain. Jadi cara untuk shoot adegan Quicksilver pun unik. Untuk adegan ini sahaja, perancangan rapi selama hampir dua bulan dibuat sebelum ianya dirakam. Power! Anda dah tengok belum filem X-Men Apocalypse ini?