“Kerja Petronas hidup senang,”
Ramai yang kata begitu. Aku juga pernah fikir begitu. Pernah juga mohon kerja di situ tapi kelayakan akademik tiada Hons. jadi permohonan ditolak.
Sejak dahulu bila ada kawan masuk Petronas, kami yang tak dapat ni jadi bangga. “Aku ada kawan kerja Petronaaaasss…”
Automatik bila Petronas umum bonus berbulan-bulan, setahun, kami yang kerja gomen ni terkebil-kebil aja tengok.
Nak tunggu PM umum bonus sebulan pun dah kira bertuah amatlah tu.
Belum kira lagi kawan-kawan kerja private yang tak dapat bonus, potong gaji.
Tapi selepas 10 tahun tinggalkan alam universiti, aku dah faham tentang realiti hidup.
Hidup di Petronas tidaklah semudah disangka.
Sasaran KPI yang gila (kalau kau capai stretch itu tandanya kau dewa), disiplin kerja yang ketat dan berdepan persepsi masyarakat (ada yang panggil mereka anjing kerajaan sebab Petronas penyumbang dana utama negara).
Tapi yang orang tak tahu adalah tentang kepayahan mereka. The struggle to survive.
Walaupun Petronas nampak besar di Malaysia, tapi di mata dunia, ia taklah besar mana.
Dalam temubual BFM dengan CEO PetChem pada Isnin lepas pun, Datuk Sazali Hamzah kata kekuatan PetChem adalah pada klien-klien yang kecil-kecil, yang syarikat besar-besar tak mahu.
No comments:
Post a Comment