Kishva Ambigapathy, seorang rakyat Malaysia dengan bangganya berbaju Melayu ketika mengetuai perbarisan sempena sambutan hari lahir ke-90 tahun Queen Elizabeth II yang diadakan di Westminster Abbey, London, semalam.
Apa yang uniknya adalah, seorang jurutera yang juga pelajar jurusan Sarjana Politik Global dari Universiti Durham, London telah dipilih sebagai pembawa cokmar mengiringi Ratu England itu. Kishva Ambigapathy sememangnya tidak pernah menjangkakan beliau terpilih untuk turut terlibat dan menjadi orang paling penting dalam majlis diraja ini.
Beliau menyifatkan pemilihannya itu sebagai satu pengiktirafan kepada generasi muda.
Beliau menyifatkan pemilihannya itu sebagai satu pengiktirafan kepada generasi muda.
“Saya tahu ramai mempertikaikan kenapa saya tidak bersongkok apabila berbaju Melayu. Tapi, bagi saya apa yang penting ialah membawa identiti Malaysia dalam acara yang besar sebegini.
No comments:
Post a Comment