Minggu lepas saya ada mesyuarat dengan seorang IT Consultant di KLCC dan saya buat keputusan untuk solat Jumaat di Masjid KLCC.
Masuk sahaja train di Stesen Setiawangsa, saya duduk di tengah antara 2 orang lelaki yang sedang bermain HP, dan hadapan saya pun kerusi penuh 3 orang wanita sedang bermain HP.
Saya pandang kiri dan kanan sejauh mata mampu memandang, ternyata 80% penumpang train itu sedang sibuk dengan HP masing-masing.
Ketika itu HP saya dalam beg pun vibrate banyak Whatsapp masuk. Hampir-hampir sahaja saya ingin mengambil HP saya, saya terfikir sejenak.
Saya merasakan dah terlalu banyak masa saya bersama dengan HP setiap hari, saya nak buat sesuatu yang lebih bermakna dalam jangka waktu yang saya ada sekarang ini.
Maka saya keluarkan tasbih dan mula berselawat memandangkan hari itu hari Jumaat, digalakkan perbanyakkan selawat.
Guess what?
Dalam perjalanan dari Stesen Setiawangsa ke KLCC hanya selang 5 stesen dan lebih kurang mengambil masa 20 minit atau kurang, saya mampu berselawat tidak kurang daripada 200 kali!
Andai saya buat keputusan mengeluarkan HP saya dari beg awal tadi, saya tidak akan berselawat walau 1 kali.
1 kali selawat kepada Rasulullah SAW, Allah akan berselawat kepada anda sebanyak 10 kali.
Saya “invest” 200 selawat, dan saya dapat “profit” sebanyak 2,000.
No comments:
Post a Comment